kembali semula kepada topik utama hamba. hidup ni macam2 orang ada . sepanjang pengembaraan hidup hamba yang tidak seberapa jauh ini dapat jugalah hamba melihat dan mengkaji kehidupan sesetengah induvidu . pepatah mengatakan 'jauh berjalan luas pemandangan ' . sepanjang pengembaraan tersebut hamba telah berjumpa dengan ramai teman dan juga individu lain. sebelum memulakan cerita , peganglah kata2 ini ' dont judge a book by its cover' . apa yang hamba ingin maksudkan dengan kata2 tersebut ialah , janganlah kita menghakimi seseorang dengan hanya melihat luarannya sahaja . hamba mempunyai teman yg pada luarannya mempunyai sifat yang agak ganas pada pandangan kasar. namun pada sudut hati nuraninya pula dia merupakan seorang yang mempunyai sifat2 murni yang jauh lebih baik dari individu yang hanya baik dari luarannya sahaja . dek kerana sifat luarannya yg sedikit mengubah persepsi orang tehadapnya , dicemuh , dilemparkan segala komen negatif kepadanya . pengembaraan hamba bersamanya membuatkan hamba terfikir di manakah letaknya keadilan bagi orang2 sepertinya ? patutkah orang2 sepertinya mendapat layanan tersebut ? tidak layakkah orang2 sepertinya mendapat layanan atau pengiktirafan yg setimpal dengan budi pekertinya ? . jawapan bagi semua persoalan tersebut semestinya pelbagai tetapi terpulanglah bagi setiap individu untuk menghakiminya .
seterusnya hamba sambung dengan cerita lain pula . realiti cerita ini terjadi pada hamba sendiri . seseorang yang hamba sangka merupakan seorang yg penuh dengan sifat negatif sebenarnya adalah mangsa bagi pemangsa yg bernama 'keadaan ' . terdetik hati hamba apabila mengetahui bahawa semua yg terjadi dalam hidupnya merupakan kesan daripada 'keadaan ' tersebut . cukuplah di sini hamba katakan bahawa kelalaian dan egois adalah pemusnah bagi segalanya. kelalaian individu di sekelilingnya telah membawanya kepada lembah hitam yg menutupi segala kesengsaraan dan keperitan hidupnya. kesimpulan yang dapat hamba ambil ialah . sebelum kita mengkritik atau menghakimi sesuatu biarlah ianya di buat dalam keadaan rasional yang mana kritikan tersebut biarlah berasas yang mana mempunyai bukti atau apa sahaja yg menzahirkannya.
No comments:
Post a Comment