Friday, February 18, 2011

itu kau

hati bergitar lagu girang,
berdetik-detik mata memandang,
terkadang mula menjadi senang,
ia mula berketuk gendang,

kala hari makin sunyi kau datang jadi penyeri,
sinarmu terang tidak berhenti,
buat tenang hati nurani,
peneman hari-hari,

mulut ingin mula berkata,
tapi lidah terkelu pula,
bukan kerana apa-apa,
tapi burung sudah bersangkarnya,

waktu berputar tidak berhenti,
menunggu hari yang pasti,
akankah ia datang kemari
akan aku tidak berlari,


No comments:

Post a Comment